Increase text sizeDecrease text sizeRestore default font-sizes
translate to english translate to arabic translate to chinese translate to hindi translate to japanese
   
   

UMNews
Home
About RSS News
How To Subscribe
Statistic





Total number of Visitors :
  269475 since 21 April 2008

UMNews Home> View Highlights > Selected Highlight

STUDENT MALL MERINTIS PELBAGAI KEMUNGKINAN

 

KUALA LUMPUR, 17 OKTOBER – KESUKARAN menemui salon dan spa berkonsepkan muslimah di Universiti Malaya menyaksikan mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Afiza Lary mengambil langkah berani membuka premis salon dan spa wanita pertama di Student Mall, Kompleks Perdanasiswa, UM.

Afiza, 23, yang mengambil jurusan Dakwah & Pembangunan Insan begitu peka dengan kehendak aurat muslimah, namun mendapati tiada kedai gunting rambut atau salon yang menawarkan perkhidmatan gunting rambut yang memenuhi ciri-ciri Islam yang mengikut syariat yang ditetapkan.

Justeru, lahirlah idea untuk membuka ‘Peach Salon & Spa’ yang dibuka mulai hari ini sempena majlis perasmian Student Mall oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof.

“Saya mendapat idea untuk membuka kedai ini selepas mendapati bahawa kesemua kedai gunting rambut di UM, di Kolej Ke-12 dan KPS ini adalah khusus untuk lelaki saja.

“Kedai ini baru dibuka hari ini. Pada Jumaat lalu, kami sibuk memasang peralatan di salon ini. Kami kini menunggu saluran paip, selepas itu kami boleh memulakan operasi.

“Kedai ini adalah hasil usaha bersama dua rakan niaga yang lain. Jikalau, saya menghadiri kelas, mereka akan mengambil alih tugas menjaga kedai.  Kebiasaannya pada setiap Rabu, saya tidak ada kelas, jadi saya boleh menghabiskan masa di sini,” katanya.

Selain Afiza, terdapat 5 lagi premis yang memulakan operasi sejak 3 September lalu di perkarangan KPS -  Ilham Printing Shop (percetakan), Fadle Sport (barangan sukan), Velovia Collections (pakaian wanita), All Out Bun Stop (roti/bun) dan Famy Enterprise (bubble tea).

Tiga lagi kedai berbentuk kiosk - Kebab Turki Baba Rafi (kebab,burger), Meda Medina Enterprise (ayam goreng) dan TNTee Gift Shop (cenderamata) menjadikan keseluruhannya 9 usahawan yang menjadi perintis Student Mall.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Dr. Rohana melahirkan harapan untuk melihat bakal usahawan yang dilahirkan nanti di Student Mall mampu memperkembangkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi selepas meninggalkan UM satu hari nanti.

“Daripada syarikat kecil berkembang ke syarikat besar, itulah yang kita mahukan. Kami akan memberikan peluang sebanyak boleh buat mereka untuk menjalankan perniagaan mereka.

“Diingatkan bahawa kedai di Student Mall ini bukan menjadi milik pelajar yang sama saja setiap tahun. Kami akan memantau prestasi pelajar dan perniagaan, sama ada ia bagus atau tidak, sebelum menyambung kontrak mereka tahun depan,” tambahnya.

Pengurusan Student Mall kini berada di bawah Koperasi Siwa & Alumni Universiti Malaya Kuala Lumpur Berhad (KOSAUM) menerusi Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL).

Tujuan penubuhannya adalah sebagai wadah bagi melatih usahawan yang berjaya di kalangan mahasiswa UM. Antara kandungan perjanjian yang dimeterai adalah penyewa kedai mestilah mahasiswa UM yang berdaftar sebagai ahli KOSAUM. 

Mereka juga turut dikehendaki membayar sewa berjumlah RM 300 bagi kedai manakala kiosk pula RM 150 sebulan. Sewaan kedai berdasarkan kontrak dimana tempoh kontrak adalah selama setahun dan berakhir pada 2 September 2012.

Dr. Rohana (tengah) memotong reben tanda simbolik perasmian Student Mall 

Afiza (kanan) melayan pelanggan sebaik kedai 'Peach salon & Spa' miliknya dibuka hari ini

 

     
  Last updated 17th October 2012  
<< Back
[ 2088 hit ]
     

Copyright 2009 © Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, MALAYSIA Best viewed with Mozilla Firefox (with resolution 1024x768)
http://ict.um.edu.my/